Banner dan Bunting Ipoh | Semestinya di Chip Computer
Banner dan Bunting Ipoh | Semestinya di Chip Computer

Anda baru buka perniagaan di Ipoh, tetapi masih tiada banner dan bunting? Atau mungkin ada sebarang majlis di sekolah, tetapi tidak tahu nak cari kedai mana yang sediakan servis banner dan bunting terbaik? Jangan risau, Chip Computer merupakan penyelamat anda untuk mendapatkan banner dan bunting Ipoh.

Apa itu Banner dan Bunting? | Banner dan Bunting Terbaik Ipoh

Banner dan bunting merupakan kain rentang yang berfungsi sebagai salah satu medium paling berkesan untuk sebarang pengiklanan, hebahan dan sebagainya.

Jadi, adakah Tuan/Puan betul-betul tahu bahawa penggunaan banner atau bunting ini sebenarnya bertujuan untuk menghebahkan produk atau perkhidmatan yang Tuan/Puan jalankan? Walaupun penggunaan banner dan bunting ini biasa sahaja, tetapi ia merupakan cara yang berkesan dalam mempromosi jenama, produk mahupun sebarang acara.

Perbezaan Banner dan Bunting | Banner dan Bunting Ipoh

Tuan/Puan sudah tahu apa perbezaan antara banner dan bunting? Admin faham, adakala mesti akan berlaku kekeliruan di antara kedua perkara ini. Jadi, jom admin kongsikan sedikit perbezaan antara banner dan bunting.

Banner

Banner dan bunting Ipoh

Banner ini, kebiasaanya dalam keadaan melintang seperti gambar di atas. Selain itu, banner juga bersaiz lebih besar jika hendak dibandingkan dengan bunting, dan harga bagi banner pula adalah lebih mahal. Saiz banner ini pula kebiasaannya memang mengikut permintaan pelanggan.

Banner ini hanya dipasang di tempat-tempat yang tertentu sahaja, seperti di kedai makan, karnival, pesta dan sebagainya.

Bunting

banner dan bunting Ipoh

Bunting pula sangat berbeza daripada banner kerana ia berorientasi secara menegak. Bunting berharga lebih murah dan kebiasaannya dicetak dengan banyak untuk perniagaan ataupun sebarang majlis. Bunting ini sangat sesuai digunakan jika anda mahu mengadakan majlis keraian secara kecil-kecilan.

Itulah antara perbezaan yang boleh Tuan/Puan ambil tahu. Senang, bukan? Semoga selepas ini, tiada lagi sebarang kekeliruan di antara banner dan bunting.

Servis Graphic dan Editing | Banner dan Bunting Ipoh

Di Chip Computer, turut kami sediakan servis graphic dan editing bagi anda yang mahu membuat banner atau bunting. Chip Computer menawarkan servis graphic dan editing yang sememangnya mengikut kehendak pelanggan. Jadi, anda tak perlu risau!

Untuk pengetahuan anda, Chip Computer telah pun menerima tempahan Letter of Order (LO) daripada agensi kerajaan seperti sekolah. Jadi, pihak Chip Computer sudah tentu akan membuat design mengikut kehendak pelanggan, sama ada untuk sekolah, perniagaan, majlis keraian dan macam-macam lagi.

Selain itu, Chip Computer juga mengambil customed order. Oleh itu, jika Tuan/Puan sudah ada design tersendiri, bolehlah terus ke Chip Computer untuk menempah banner ataupun bunting.

Berapa Upah dan Anggaran Harga? | Banner dan Bunting Ipoh

Admin, berapa upah design dan harga bunting atau banner?

Bagi upah design, ia hanyalah serendah RM50 setiap design. Manakala bagi harga bunting atau banner pula bergantung kepada harga pasaran semasa daripada kilang percetakan. Tetapi Tuan/Puan jangan risau, kerana harga yang Chip Computer tawarkan adalah berpatutan!

Berapa Lama Masa Diambil Untuk Banner dan Bunting Siap? | Banner dan Bunting Ipoh

banner dan bunting Ipoh

Mesti Tuan/Puan terfikir, berapa lama agaknya tempoh masa yang diambil untuk membuat banner dan bunting ini, bukan? Ya, admin faham... Kadang-kadang Tuan/Puan mesti mahukan servis yang cepat disebabkan beberapa faktor seperti banner lama sudah rosak, lusuh atau koyak, mahu menambah menu baharu, ataupun mungkin ada majlis mengejut di sekolah.

Tetapi, anda jangan risau sebab Chip Computer memahami masalah anda!

Chip Computer boleh menghasilkan banner dan bunting anda hanya dalam masa 1 hari sahaja. Paling lewat pun, hanya selama 2-4 hari bekerja. Inshaallah, sebaik mungkin akan Chip Computer usahakan supaya tidak mengambil masa terlalu lama.

Inginkan Info Lanjut Tentang Chip Computer?

Anda nak tahu lebih banyak lagi mengenai servis yang disediakan oleh Chip Computer? Jom layari Facebook kami hari ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami segera di talian 018-401 1664 (Nisa’) atau 019-309 3610 (Husni).

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang Chip Computer, sila klik sini.

Akhir kata daripada Admin, jika anda berminat untuk dapatkan E-Book percuma tentang tips penjagaan bateri laptop. Klik sini untuk claim E-Book anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *