Chip Computer Ipoh | Pilihan Pertama Anda!
Chip Computer Ipoh | Pilihan Pertama Anda!

Sekiranya anda berada di Ipoh dan kawasan yang berhampiran dengannya, anda sudah tidak perlu pening untuk memikirkan lagi di manakah kedai laptop terbaik yang anda patut pergi. Start enjin kereta anda dan terus sahaja ke Chip Computer Ipoh tanpa ragu-ragu.

Chip Computer Ipoh

Di Ipoh, Perak terdapat pelbagai pilihan kedai komputer yang anda boleh pergi sama ada untuk membeli laptop dan komputer atau menghantar peranti sedia ada anda untuk dibaiki.

Ada juga yang turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain yang berkaitan dengan laptop dan komputer ini.

Penggunaan Laptop dan Komputer Lebih Sesuai Berbanding Smartphone

Pada zaman teknologi sedang berkembang pesat ini, seperti yang kita tahu, selain daripada telefon pintar (smartphone), laptop dan komputer juga menjadi keperluan bagi mereka yang bekerja mahupun belajar.

Hal ini berlaku memandangkan sejak kedatangan Covid-19, kebanyakan aktiviti dijalankan secara atas talian. Oleh itu, aktiviti belajar dan bekerja menjadi lebih mudah dengan menggunakan laptop atau komputer berbanding smartphone.

Yalah, tak semua kerja boleh dibuat menggunakan smartphone.

Jadi manalah tahu tiba-tiba laptop meragam, anda pula buntu nak hantar ke kedai yang mana.

Jangan fikir panjang, terus je ke Chip Computer Ipoh!

Lokasi Chip Computer Ipoh

Chip Computer Ipoh
Sumber: Google

Lokasi Chip Computer Ipoh beroperasi adalah seperti di bawah:

50A, Lengkok Wira Jaya Timur 1,

Taman Timah, 31350 Ipoh, Perak.

Chip Computer Ipoh
Lokasi terletaknya Chip Computer Ipoh

Sekarang, mari admin kongsikan bersama tuan puan semua mengenai perkhidmatan yang boleh didapati di Chip Computer ini.

Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan di Chip Computer Ipoh?

Chip Computer merupakan sebuah kedai yang yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan komputer dan laptop anda seperti berikut:

1. Pembelian dan Servis Peranti

Anda boleh membuat pembelian peranti baharu atau refurbished di sini. Nak hantar repair pun boleh.

Manalah tahu, tengah buat kerja ke, ada class ke, tiba-tiba laptop terpadam sampai panik dibuatnya. Dah buat macam-macam masih tak boleh on juga. Kalau hal sebegini terjadi, anda disarankan untuk terus datang ke Chip Computer.

Jika anda mencari laptop baharu, nak yang trusted dan murah pun disyorkan untuk terus ke sini. Kalau bajet tak cukup nak beli yang baharu, dekat sini pun ada jual yang second-hand tapi kualiti tiptop tau!

2. Pemasangan Internet & CCTV

Chip Computer juga ada menawarkan servis pemasangan Internet di tempat kerja dan juga kediaman anda. Selain itu, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan pemasangan CCTV dan graphic printing juga. Menarik, kan?

Sumber: Youtube

Memang mudah kan bila semua urusan boleh diselesaikan di satu tempat sahaja?

Yalah, manalah tahu datang ke Chip Computer ini asalnya anda hanya ingin membeli laptop sahaja, tapi tiba-tiba sahaja rasa ingin membuat pemasangan Internet juga. Kan mudah urusan tu, tak perlu fikir banyak, semua Chip Computer boleh bantu.

3. Ambil, Hantar atau On-Site Repair

Ada tawaran yang menarik juga tau oleh Chip Computer ini, di mana sekiranya ada tidak dapat datang ke kedai untuk mendapatkan perkhidmatan kami, anda hanya perlu hubungi sahaja Chip Computer dan staf kami sendiri akan datang ke rumah anda.

Mudah je kan?

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Chip Computer?

Anda nak tahu lebih banyak lagi mengenai servis yang disediakan di Chip Computer? Layari Facebook kami hari ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami segera di talian 018-401 1664 (Nisa') atau 019-309 3610 (Husni).

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang Chip Computer, sila klik di sini.

Akhir kata daripada Admin, jika anda berminat untuk dapatkan E-Book percuma tentang tips penjagaan bateri laptop. Klik sini untuk claim E-Book anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *